LEFTENAN ADNAN

                                              
                                                                   
  Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera
British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan u
ntuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk
Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui
kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari
kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Diskson. Di situ mereka
mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk
menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan
melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat
menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua,
Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang,
Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh                                                                                                  
                               https://www.mediafire.com/download.php?mvoodkzmowx
                                https://www.mediafire.com/download.php?mh3yhzzbtem                                                                                                                           

No comments:

Post a Comment